STATUS ORDER

Kami faham betapa pentingnya status order setelah anda membuat pembayaran. Soalan seperti: “Berjayakah transaksi pembayaran ini?” atau “Parcel dah dihantar ke?” merupakan beberapa soalan lazim yang kami terima dari pelanggan.

Noriesignature.my menyediakan fungsi untuk anda memeriksa status order dan track order tersebut sehingga anda menerimanya.

Anda akan menerima salinan email order dari kami setelah anda berjaya membuat tempahan. Setelah order anda dihantar melalui pos, anda akan menerima tracking no melalui email. Jika anda tidak menerima email tersebut, sila periksa folder junk/spam email anda (keluarkan ia dari situ) atau login sahaja di akaun anda.

 

BAGAIMANA NAK SEMAK ORDER STATUS

Jika anda ingin periksa order status untuk order yang lepas atau order semasa log masuk ke akaun anda menggunakan email address dan password. Klik pada MY ORDERS dan anda akan melihat kesemua order yang telah anda buat.

Status order “Pending” bermaksud pihak kami sedang menunggu pembayaran dari anda atau kami masih belum menerima bukti pembayaran melalui email. Status order “Complete” pula bermaksud order anda sedang diproses manakala status order “Shipped” bermaksud kami telah menghantar order anda melalui pos.